Jenis akaun: GULF BROKERS menyediakan Klien-kliennya seperti yang berikut:

  • Floating (typical)* spread; mungkin terdapat situasi dimana keadaan pasaran boleh menyebabkan untuk pelebaran atau pemendekkan yang melebihi spread tipikal.
  • Terdapat pelbagai instrumen untuk berdagang seperti (FOREX, KOMODITI, SAHAM, INDIKASI)
  • Perdagangan dengan saiz lot standard
  • Spread bermula dari 3 pip Dolar Euro

Instrumen:

Senarai keseluruhan instrumen perdagangan yang tersedia bersama-sama dengan aset pendasar serta Pertukaran di mana aset ini didagangkan boleh ditemui di sini.

Panggilan Margin

Klien akan diingatkan oleh platform pada tahap margin 50%, yang mereka semakin hampir kepada pembubaran automatik posisi mereka. Klien hanya akan mendapat panggilan margin automatik jika mereka sedang log masuk ke platform perdagangan mereka. Oleh itu, klien dinasihatkan agar melog masuk ke platform perdagangan mereka secara berkala bagi memastikan mereka memantau Ekuiti mereka dan sebarang pemberitahuan relevan yang sewajarnya. Klien juga diingatkan bahawa ketika tahap margin mereka jatuh di bawah 30%, platform akan membubarkan posisi mereka secara automatik.

Yuran penyelenggaraan

Pada 1 April 2019, Gulf Brokers Ltd. memperkenalkan Yuran Penyelenggaraan bulanan sebanyak USD 10 (atau setara mata wang) untuk semua akaun dagangan semasa dan baru.
Yuran Penyelenggaraan akan dikenakan jika tiada transaksi (deposit, pengeluaran atau aktiviti perdagangan) pada Akaun Dagangan anda untuk tempoh sekurang-kurangnya satu (1) bulan atau lebih.
Dalam hal ini, Gulf Brokers berhak, untuk mengenakan yuran bagi yang tidak aktif bulanan, sebagai peruntukan untuk meneruskan akaun perdagangan anda
Selaras dengan Terma dan Syarat Perjanjian Pelanggan, Seksyen 9, anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab dan akan membayar yuran yang dikenakan seperti yang dimaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa dan bahawa Gulf Broker boleh memotong bayaran sedemikian daripada apa-apa dana yang dipegang oleh kami bagi pihak anda.